Saturday, February 17, 2018

Teknik penanaman orkid lengkap

Orkid merupakan salah satu tanaman hiasan komersil yang utama serta popular. Penyelidikan biak baka mutasi orkid telah dijalankan sejak tahun 1990-an di Agensi Nuklear Malaysia sebagai usaha membantu industri orkid tempatan mengharungi cabaran pasaran yang kompetitif.

Penyelidikan biak baka mutasi memerlukan penyaringan pada skala besar bagi meningkatkan kebarangkalian terhasilnya mutan. Penyelidik di Agensi Nuklear Nuklear Malaysia telah berpeluang menjalani latihan sangkutan dan bekerjasama dengan Syarikat Hexagon Green Sdn. Bhd. untuk mempelajari aktiviti di ladang syarikat tersebut di Bukit Changgang, Banting yang boleh memberi pendedahan dan pengalaman dalam pengurusan pokok orkid.

Oleh itu, SOP penanaman dan penjagaan orkid ini dibangunkan sebagai panduan kepada penyelidik mengenai teknik membiak dan menjaga populasi pokok orkid semasa proses penyaringan mutan di rumah kaca. Prosedur kerja ini melibatkan tiga aktiviti utama iaitu penanaman, penjagaan dan pasca tuai.

Aktiviti penanaman melibatkan peringkat awal pemindahan pokok kultur tisu dari peringkat makmal ke rumah kaca. Proses ini penting supaya peratusan kematian pokok dapat dikurangkan. Peringkat seterusnya adalah penjagaan pokok orkid di rumah kaca yang meliputi aktiviti pembajaan, penyiraman dan pemasuan semula.

Peringkat ini perlu dilakukan mengikut jadual rutin kerana ianya akan mempengaruhi pertumbuhan pokok. Pokok orkid akan tumbuh dengan subur sekiranya diberi pembajaan yang sesuai, penyiraman

air yang mencukupi dan penjagaan penyakit atau musuh perosak dari masa ke semasa. Penjagaan pokok matang hingga mengeluarkan bunga perlu supaya bunga yang berkualiti dapat dihasilkan. Peringkat pasca tuai ini adalah peringkat penilaian bunga dan amat penting supaya pencirian mutan yang selalunya dilakukan ke atas bunga orkid tepat dan tidak dipengaruhi oleh persekitaran.

PENANAMAN 


Aktiviti penanaman orkid bermula dengan pengerasan anak benih pokok orkid kultur tisu yang telah mempunyai akar dengan sekurang-kurangnya dua helai daun. Media yang terlekat pada akar anak pokok orkid kultur tisu dibersihkan dan anak pokok orkid direndam di dalam bekas berisi air.

Pasu yang sesuai untuk tujuan pengerasan atau aklimatasi anak pokok orkid dari kultur tisu adalah pasu dari jenis pasu komuniti (kom pot) yang berdiameter 10-15 cm atau bakul plastik yang berisi sphagnum moss yang telah dilembapkan. Anak pokok yang kecil ini ditanam rapat supaya ianya stabil sebelum dipindahkan ke pasu empu.

Apabila hampir semua anak pokok orkid di dalam satu pasu komuniti telah stabil dan mempunyai ketinggian melebihi 4 cm, anak pokok orkid tersebut dipindahkan ke dalam pasu kecil yang berdiameter 3 - 4 cm dikenali sebagai pasu empu (thumb pot). Pokok yang masih diperingkat semaian ini perlu diberi naungan 50% hingga 70% cahaya matahari sehingga pokok besar.


Gambarajah 1. (a) Pasu komuniti yang telah penuh dengan anak pokok diletakkan di atas para yang mempunyai naungan 70% cahaya matahari (b) Anak pokok yang telah stabil dan mempunyai ketinggian melebihi 4 cm, dipindahkan ke pasu empu (thumb pot)

Apabila saiz pokok sudah terlalu besar berbanding pasu asal dan akar telah menjalar keluar dari pasu, pemasuan semula (repotting) perlu dilakukan. Pokok yang hendak dipindahkan dikeluarkan dari pasu asal. Ketulan arang lama dan akar-akar mati dibersihkan.

Pokok direndam dalam thiram selama 5 minit. Pasu yang sesuai dipilih berdasarkan saiz pokok. Pasu tersebut diisi separuh dengan ketulan bata dan arang. Kemudian pokok diletakkan dengan memastikan batang yang paling muda berada ditengah pasu bagi membolehkan terdapat ruang untuk pertumbuhan bebawang semu (pseudobulb) yang baru.

Arang dimasukkan sehingga memenuhi 70% pasu. Pokok yang telah selesai dipasukan semula disusun di atas para yang mempunyai naungan 50% cahaya matahari. (Gambarajah 2)


Gambarajah 2. (a) Peringkat pokok matang dan pengeluaran bunga (b) Pokok yang telah selesai dipasukan semula disusun di atas para yang mempunyai naungan 50% cahaya matahari. 


PENJAGAAN 


Penjagaan pokok orkid di rumah kaca meliputi aktiviti pembajaan, penyiraman dan pemasuan semula. Aktiviti rutin ini perlu dilakukan mengikut jadual supaya pokok membesar dengan subur dan bebas dari serangan penyakit atau musuh perosak.

Pembajaan diperingkat semaian

Pokok perlu diberikan pembajaan sebanyak tiga kali seminggu dengan baja foliar NPK 21:21:21:TE (baja dedaun) mengikut sukatan yang disyorkan pada label pada awal pagi atau lewat petang.

Aktiviti membaja tidak boleh dilakukan pada waktu hujan atau panas matahari terik kerana ini akan menyebabkan pokok mati melecur.

Pembajaan di peringkat tumbesaran dan peringkat berbunga

Pokok pada peringkat ini perlu diberikan pembajaan sebanyak tiga kali seminggu. Baja jenis foliar untuk dedaun (Gaviota 63 dan 67) digunakan mengikut sukatan yang disyorkan pada label iaitu 1 sudu untuk 1 gelen air.

Siraman baja perlu membasahi keseluruhan pokok pada awal pagi atau lewat petang. Jangan membaja waktu hujan atau panas terik. Baja organik jenis pelet pula perlu di tabur ke dalam pasu sebulan sekali mengikut sukatan yang disyorkan 50 gm untuk 1 pasu.

Penyiraman  


Pokok disiram mengguna sistem penyiraman ‘sprinkler’ selama 5 minit pada waktu pagi dan petang. Masa yang paling sesuai untuk menyiram adalah sebelum pukul 10.00 pagi dan 6 petang. Penyiraman air tidak boleh berlebihan kerana akan menyebabkan medium tanaman terlalu lembap, akar reput dan menggalakkan pertumbuhan lumut di dalam pasu.

Pemasuan semual 


Pertumbuhan setiap bebawang semu orkid Dendrobium akan terhenti apabila ianya matang dan berbunga.  Bebawang semu yang tua/matang ini pula akan memberi simpanan makanan untuk pengeluaran tunas baru. Oleh itu, apabila saiz pokok sudah terlalu besar berbanding pasu asal, terlalu padat dengan bebawang semu matang sehingga mengganggu pengeluaran tunas baru, pemasuan semula perlu dilakukan. Pokok dikeluarkan dari pasu dan boleh dibahagi kepada beberapa rumpun kecil.

Kawalan penyakit atau makhluk perosak 


Pokok orkid kerap diserang penyakit dan makhluk perosak. Oleh itu, pengurusannya adalah penting dan perlu diambil berat. Jadual I menunjukkan senarai beberapa perosak dan cara pengawalannya.

Senarai perosak dan cara pengawalannya

Perosak / Kawalan

Kulat
 Racun kulat disembur setiap 2 minggu sekali.Serangan kulat akan menyerang batang dan terdapat bintik bintik di daun.

Siput
 Racun siput ditabur sebulan sekali. Ianya perlu dilakukan  lebih kerap dimusim hujan.Letakkan umpan pada laluan siput dan disekeliling pangkal pokok orkid
Hama (Dolichortetranychus sp. dan Tetranychus sp.)
Selalu ditemui depermukaan bawah daun orkid terutamanya orkid Dendrobium . Permukaan bawah daun akan kelihatan keputih-putihan dan berkilauan apabila populasinya bertambah. Racun perlu disembur tepat dibawah daun dan bahagian yang terkena jangkitan perlu dibuang.

Lain-lain serangga
 Sembur racun serangga yang sesuai dan kerapkali membuat pemeriksaan. Jenis serangga yang selalu menyerang orkid adalah seperti teritip,koya,ulat bulu,belalang,kumbang dan kutu daun.


Gambarajah 4. (a) Serangga perosak - Hama (b) dan (c) Serangan hama pada daun menyebabkan binitkbintik hitam dan perubahan warna daun.


PASCA-TUAI
Bunga orkid perlu dituai pada peringkat kembang yang sesuai. Bunga orkid Dendrobium dituai apabila bunga telah berkembang 70% dan dilakukan pada waktu pagi menggunakan gunting yang bersih dan tajam.

Tangkai bunga diasingkan antara yang sihat dan rosak. Tangkai bunga dicelup dan dibasuh dengan air bersih. Bunga-bunga yang telah dituai dikelaskan mengikut kelas-kelas didalam Jadual 2. Ketahanan bunga serta penggredan mengikut piawaian dilakukan di makmal.

Jadual ukuran standard bagi pengkelasan bunga orkid keratan.

Jenis Saiz Dendrobium 
XXL 65 cm 
XL 60 cm 
L 55 cm 
M 50 cm 
S 45 cm 
BQ 40 cm 
SS 35 cm 

Monday, February 12, 2018

Tips penjagaan orkid selepas berbunga

Tips penjagaan orkid selepas berbunga

Orkid adalah keluarga tumbuhan terbesar di dunia. Kebanyakan kepelbagaian dan kecantikannya dicerminkan dalam spesies yang berbeza yang anggap sebagai houseplants. Bunga-bunga itu tidak dapat ditandingi dalam keindahan, bentuk dan makanan istimewa dan mekar untuk beberapa waktu.


Merawat Orkid selepas Mereka berbunga

Biasanya, adalah mudah untuk membesar orkid Phalaenopsis , yang menghasilkan tangkai kuat dengan banyak bunga. Kepelbagaian bunga orkid ini boleh bertahan hingga 2 bulan dengan baik tetapi pada akhirnya semua perkara yang baik mesti berakhir.

Apabila bunga semua jatuh dari tangkai, sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan bagaimana untuk menjaga tanaman dalam keadaan yang baik dan mungkin menggalakkan semula.

Penjagaan kuntum bunga orkid adalah sama bagi mana-mana spesies tetapi bergantung kepada untuk mencegah penularan penyakit.

Memberi cahaya tetapi tidak langsung

cahaya matahari, kelembapan yang konsisten, peredaran udara dan suhu 75 F. (23 C) pada siang hari dan 65 darjah Fahrenheit (18 C.) pada waktu malam. Orkid yang tumbuh dalam pasu yang sempit sebenarnya agak mudah berkembang.
Penjagaan kuntum bunga orkid tidak berbeza dari penjagaan yang anda beri kepada tumbuhan lain. Malah, satu-satunya perbezaan adalah bagaimana anda merawat batang bunga yang yang telah gugur. Batang bunga orkid masih boleh menghasilkan bunga jika masih hijau.

Cara Penjagaan Orkid selepas Bunga

orkid Phalaneopsis yang telah selesai berbunga mempunyai potensi untuk berbunga kembali. Ini hanya terjadi jika batangnya sihat dan masih hijau dengan tiada tanda reput. Jika batangnya berwarna coklat atau telah mula reput, potong dengan gunting di pangkalnya.

Ini dapat mengalihkan tenaga tumbuhan ke akar. Batang yang sihat pada orkid Phalaneopsis selepas mekar boleh dipotong semula ke no kedua atau ketiga.



Potongkan Spike Bunga Orkid

Selepas bunga gugur dari batang orkid anda mempunyai tiga pilihan: meninggalkan bunga spek (atau batang) utuh, potong kembali ke pangkal atau keluarkan sepenuhnya.

Orkid kembali berbunga

Sekiranya anda meninggalkan batang utuh, terdapat kemungkinan bahawa bunga baru akan muncul dari hujungnya. Anda juga boleh memotong batang kembali ke nod ke-2 atau ke-3, yang dapat dikenali dengan tanda segi tiga. Ini mungkin menggesa tumbuhan untuk menghasilkan bunga bunga baru di mana anda membuat potongan.

Anda juga boleh mengeluarkan spike bunga sepenuhnya dengan memotongnya di pangkal . Ini dilakukan jika batang sedia ada mula berubah menjadi coklat atau kuning. Batang layu tidak akan menghasilkan bunga. Memotong batang yang layu akan mengarahkan tenaga dan pertumbuhan ke arah pertumbuhan akar, yang menjadikan tumbuhan lebih sihat dan meningkatkan peluang untuk berbunga semula.


Penjagaan Asas untuk Orkid
Letakkan orkid anda di kawasan yang menerima cahaya yang terang dan tidak langsung dengan suhu siang hari sekitar 75 ° F dan suhu malam 65 ° F. Air mingguan dan pakan sekali sebulan dengan baja houseplant cair dicairkan kepada separuh kekuatan.

Cara yang anda boleh gunakan untuk mencuba dan memaksa mereka menjadi mekar adalah untuk memindahkan mereka ke kawasan di mana suhu malam sedikit lebih rendah, kira-kira 55 ° F. Pastikan tempat itu mendapat cahaya yang terang dan tidak langsung pada siang hari. Apabila putik bunga muncul, kembalikan orkid anda ke persekitaran biasa.

Mengenali Spike bunga orkid
Orkid Phalaenopsis biasanya bunga sekali setahun. Untuk mengenal pasti spike mekar baru, cari akar-akar yang tumbuh ke atas dengan titik-titik hijau yang berkilat, bukan tip bulat.

Sebaik sahaja putik bunga muncul, meningkatkan pembajaan setiap minggu dengan baja cair yang telah dicairkan kepada separuh kekuatan yang disyorkan dan menyokong batang ketika ia tumbuh.

Teknik penanaman orkid lengkap

Orkid merupakan salah satu tanaman hiasan komersil yang utama serta popular. Penyelidikan biak baka mutasi orkid telah dijalankan sejak tahu...